بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan berkat dan rahmatNya dapat kami laksanakan hari yang paling bermakna dan bersejarah bagi Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah sesi 2018, iaitu HARI PENGUNDIAN yang bertarikh 1 Disember 2018 lalu.

Maka dengan ini selesailah tanggungjawab kami selaku Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi pemilihan kerusi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan bahawa peratusan keseluruhan ahli yang turun mengundi pada tahun ini adalah sebanyak 45.64%. Manakala kertas undi yang rosak adalah sebanyak 20 helai bagi kerusi Pengerusi dan AJKT Mahasiswi.

Maka dengan ini saya sertakan peratusan undi yang diperoleh oleh setiap calon yang bertanding:


CALON PENGERUSI

1. Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim : 51.7%
2. Mohamad Izzat Syahmi bin Mohamad Jasni : 48.3%

Maka dengan ini secara rasminya saya mengumumkan bahawa Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim akan menyandang jawatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2019/2020.


CALON AJKT MAHASISWI

1. Norhanani Hazirah binti Mohd. Zaid: 90.00%
2. Husna Najihah binti Zulkifli: 89.00%
3. ‘Izzah Afifah binti Ismail: 89.00%
4. Nurul Husna binti Mohd. Zakhir: 86.38%
5. Nursabrina Farhanah binti Mohd. Sabri: 84.29%
6. Nurul Afifah Hanan binti Muhamad Shukri: 82.72%
7. Rashiqah Izzati binti Ismail: 78.53%

Dengan ini, diumumkan bahawa saudari Rashiqah Izzati binti Ismail merupakan calon yang tidak berjaya mendapatkan tempat untuk kerusi AJKT Mahasiswi PCI bagi sesi 2019/2020.


Bagi kerusi calon Timbalan Pengerusi, telah diumumkan bahawa calon menang tanpa bertanding. Maka dengan rasminya saya mengumumkan bahawa saudari Syahindah binti Kamaruddin akan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah PCI bagi sesi 2019/2020.


Begitu juga dengan kerusi AJKT Mahasiswa, kesemua calon telah menang tanpa bertanding. Secara rasminya, nama-nama berikut akan menyandang jawatan sebagai AJKT PCI bagi sesi 2019/2020.
1. Muhamad Hakimi bin Jamaludin
2. Aiman bin Nizar
3. Mohamad Khuzaifah bin Mohd Jamia’ @ Mohd Jamek
4. Muhammad Aiman Hakim bin Ariffin
5. Lutfil Hadi bin Abdul Malik
6. Ahmad Asyraf bin Hashim


Menang dan kalah sudah menjadi adat dalam apa jua pertandingan. Jangan jadikan kekalahan yang kecil ini sebagai asbab untuk kita berhenti daripada meneruskan kerja amal kebajikan dan kerja-kerja Islam. Namun, jadikanlah itu sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang lebih jauh ke hadapan.

Akhir kalam, saya selaku Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2018 mewakili semua AJK JPC ingin memohon maaf daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapat sebarang kesilapan dari segi teknikal penganjuran sepanjang fasa pilihan raya ini. Segala kesulitan amat kami kesali. Ayuh kita bersama-sama mendokong persatuan yang kita sayangi ini dengan sehabis kudrat yang mampu.

“Berkat, Telus dan Cekap”

#JomPANGKAH
#JPC2018

Yang menjalankan tugas,

AFNAN MIFDHAL BIN ABDULLAH ZAWAWI

PENGARAH,

JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERUBATAN CAWANGAN (JPC) ISKANDARIAH 2018.