KENYATAAN RASMI PENGARAH JPC & SENARAI NAMA CALON AJKT FASA II

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurnia-Nya, kita telah melalui beberapa fasa penting dalam fatrah pilihan raya pada tahun ini.

Bermula dengan sesi Penjualan Borang pada 10 hingga 18 November 2018, diikuti dengan Hari Pencalonan pada 18 November 2018 dan seterusnya Pengumuman Senarai Fasa 1 pada 20 November 2018.

Kini, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Siapakah calon-calon yang tersenarai di dalam saringan Fasa ke-2?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan rendah hati,saya selaku Pengarah JPC Iskandariah 2018 mengumumkan nama-nama yang tersenarai di dalam calon fasa 2 ini adalah seperti berikut :

Calon Pengerusi :

1.Muhammad Afif Sidqy bin Abdul Rahim  | Tahun 3, Perubatan

Pencadang: Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz
Penyokong: Muhamad Amirul Anas bin Mazlan
Manifesto:
“Mengoptimumkan fungsi PCI sebagai persatuan induk di bumi Iskandariah demi menerapkan nilai profesionalisme, pembudayaan ilmu dan agenda kesatuan dalam kalangan mahasiswa/wi Sains Kesihatan bagi sesi 2019/2020.”

2. Mohamad Izzat Syahmi bin Mohamad Jasni | Tahun 5, Perubatan

Pencadang: Azali Hafiz Yaffie bin Nuhairi
Penyokong: Mohd Zukri bin Kamarul Bahrin
Manifesto:
“Melaksanakan culaan kemahiran dan ilmu pengetahuan ahli PCI demi meningkatkan prestasi PCI dalam menyusun sumber tenaga bagi sesi 2019/2020.

Calon Timbalan Pengerusi (MENANG TANPA BERTANDING) :

1. Syahindah binti Kamaruddin
| Tahun 4, Perubatan

Pencadang: Mirza Aqila binti Ahmad Murat
Penyokong: Amyrah Aina binti Mohd Zamri
Manifesto:
“Membentuk mahasiswa yang syumul dengan penerapan nilai tarbiah melalui jawatan dalam kalangan penggerak PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2019/2020.”

Manakala senarai nama calon AJKT Fasa I, adalah :

AJKT IKHWAH (MENANG TANPA BERTANDING) :

1. Muhamad Hakimi bin Jamaludin | Tahun 2, Perubatan

Pencadang: Muhamad Amirul Anas bin Mazlan
Penyokong: Azali Hafiz Yaffie bin Nuhairi
Manifesto:
“Meningkatkan penghayatan rohani ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dengan mengadakan pengenalan tokoh-tokoh Islam dan pembudayaan hiburan Islam dalam medium PCI bagi sesi 2019/2020.”

2. Aiman bin Nizar | Tahun 3, Perubatan

Pencadang: Muhammad Aliff Akmal bin Mohamad Asri
Penyokong: Ameir Hamzah bin Nuhairi
Manifesto:
“Menjaga kebajikan ahli dengan meluaskan ketersampaian manfaat tabung kasih sayang (TKS) kepada semua pelajar Sains Kesihatan Iskandariah sepanjang sesi 2019/2020”.

3. Mohamad Khuzaifah bin Mohd Jamia’ @ Mohd Jamek | Tahun 3, Perubatan (MENANG TANPA BERTANDING)

Pencadang: Ameir Hamzah bin Nuhairi
Penyokong: Amir Amrullah bin Ali
Manifesto:
“Meningkatkan semangat keusahawanan ahli PCI dengan mengadakan kerjasama jualan antara BIKON dan UKON batch sepanjang sesi 2019/2020.”

4. Muhammad Aiman Hakim bin Ariffin | Tahun 4, Perubatan
Pencadang: Ahmad Zulhadi bin Zulkifli
Penyokong: Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz
Manifesto:
“Mengoptimumkan sumber BPP yang sedia ada dalam menambah baik seni Grafik dan Media PCI bagi sesi 2019/2020.”

5. Lutfil Hadi bin Abdul Malik | Tahun 5, Perubatan (MENANG TANPA BERTANDING)

Pencadang : Mohd Zukri bin Kamarul Bahrin
Penyokong: Ahmad Zulhadi bin Zulkifli
Manifesto:
“Meningkatkan prestasi akademik dan kemahiran klinikal ahli PCI melalui pemerkasaan unit-unit di bawah Biro Akademik bagi sesi 2019/2020.”

6. Ahmad Asyraf bin Hashim | Tahun 5, Perubatan (MENANG TANPA BERTANDING)

Pencadang: Mus-ab bin Nasir
Penyokong: Mohamad Lutfi bin Mustafa
Manifesto:
“Meningkatkan pengetahuan am ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan menganjurkan diskusi-diskusi berbentuk ilmiah sepanjang sesi 2019/2020.”

AJKT AKHAWAT :

1. Nurul Husna binti Mohd Zakhir | Tahun 2, Perubatan

Pencadang: Hanna Aqila binti Ahmad Baqir
Penyokong: Elya Nur Dini binti Roshidi
Manifesto:
“Memfokuskan dana Tabung Kasih Sayang (TKS) dan Sistem Infaq Berunit (SIB) dengan meluaskan sumber kutipan bagi mengoptimumkan fungsi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sebagai badan kebajikan sepanjang sesi 2019/2020.”

2. Nursabrina Farhanah binti Mohd Sabri | Tahun 2, Pergigian

Pencadang: Madihah binti Sobree
Penyokong: Zainab Aqilah binti Azizan
Manifesto:
“Meningkatkan kepakaran mahasiswa mahasiswi PERUBATAN Cawangan Iskandariah dalam bidang media dengan meyediakan platform untuk ahli mencungkil bakat bagi sesi 2019/2020.”

3. Rashiqah Izzati binti Ismail | Tahun 2, Pergigian

Pencadang: Nurul Atiqah binti Mothar Rijan
Penyokong: Nurul Farhana binti Nasir
Manifesto:
“Mengoptimumkan peranan setiap unit dalam Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PERUBATAN Cawangan Iskandariah sebagai medium utama penyaluran maklumat dan wadah komunikasi yang berkesan bagi sesi 2019/2020.”

4. ‘Izzah Afifah bt Ismail | Tahun 2, Pergigian

Pencadang: Nurul Syahiirah binti Mohamad Aszmi
Penyokong: Alya Nur Syahirah binti Zulkifli
Manifesto:
“Memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli PERUBATAN dengan mengoptimumkan fungsi Tabung Kasih Sayang (TKS) dan PEACE sebagai medium sebaran dan manifestasi kefahaman ahli pada sesi 2019/2020.”

5. Husna Najihah binti Zulkifli | Tahun 2, Pergigian

Pencadang: Aida Farhana binti Fariza
Penyokong: Nurul Atisha binti Mohd Zainal
Manifesto:
“Mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan memperkasakan peranan PERUBATAN Frontliners (PROF) yang lebih sistematik menjelang sesi 2019/2020.”

6. Nurul Afifah Hanan binti Muhammad Shukri | Tahun 3, Pergigian

Pencadang: Nursyahirah Fasihah binti Hazlizan
Penyokong: Zainur Nabila binti Zainudin
Manifesto:
“Memperkasakan sahsiah diri di Iskandariah dengan menambah baik perlaksanaan Smart Circle PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2019/2020.”

7. Norhanani Hazirah binti Mohd Zaid | Tahun 4, Perubatan

Pencadang: Siti Nadhrah binti Ibrahim
Penyokong: Nadhrah binti Omar
Manifesto:
“Melestarikan fungsi Jabatan Bendahari dan Biro Ekonomi sebagai satu medium untuk ahli menjana kewangan melalui sistem tender dan pengurusan kewangan yang optimum pada sesi 2019/2020.”

Dengan ini, secara rasminya tempoh bagi sesi bantahan berakhir. Walau bagaimanapun, tempoh berkempen masih lagi dibuka bagi semua calon dan jenteranya sehingga 30 November.

Sebarang persoalan dan permasalahan sila rujuk Pengarah atau Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah 2018.

Dalam tempoh berkempen yang berbaki ini, semua calon dan jenteranya perlulah berkempen dengan adab-adab Islam dan merujuk kepada etika atau syarat-syarat berkempen.

Sekian, terima kasih.

#JOMPANGKAH
#JPC2018

“Berkat, Telus dan Cekap”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Afnan Mifdhal bin Abdullah Zawawi,

Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC),
PERUBATAN Cawangan
Iskandariah 2018/2019.