(إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨

  1. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (surah An-Nisaa’ ayat 58)

Lembaga Penasihat Cawangan Iskandariah (PCI) 2018/2019 telah berbincang dan menghasilkan keputusan pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya (JPC) Iskandariah 2018 bagi meneruskan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2019/2020.

Hal ini bertepatan dengan tugas Lembaga Penasihat peringkat cawangan seperti yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERUBATAN FASAL 27, PERKARA 1 (A):

“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

 Proses undian dan kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi baharu akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) yang dibentuk ini. Mereka bertanggungjawab memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar.

Perlembagaan PERUBATAN telah menyatakan pada FASAL 27, PERKARA 1 (D) dan PERKARA 1 (E):

Bidang tugas Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) adalah seperti berikut: –

  1. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  2. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan.
  3. Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) dalam proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 (empat) orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu.

Maka dengan itu, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah ingin mengumumkan pelantikan bagi jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah 2018 bagi kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) Iskandariah sesi 2019/2020:

Pengarah: Afnan Mifdhal bin Abdullah Zawawi (Tahun 6 Perubatan)

Timbalan Pengarah: Maryam Zahirah binti Ahmad Zairin (Tahun 4 Perubatan)

Berserta ini saya lampirkan jumlah AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2019/2020:

1) Jumlah AJKT yang dipersetujui adalah seramai 18 orang (1 Pengerusi, 1 Timbalan Pengerusi, 8 orang AJKT Lelaki dan 8 orang AJKT Wanita).

2) Jumlah kerusi yang dipertandingkan melalui kaedah pilihan raya dengan syarat-syarat dan etika yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN adalah seperti berikut:

  1. Jawatan Pengerusi: 1 kerusi
  2. Jawatan Timbalan Pengerusi: 1 kerusi
  3. Jawatan AJKT Lelaki: 6 kerusi
  4. Jawatan AJKT Wanita: 6 kerusi

3) Jawatan yang akan dipertandingkan tidak termasuk 2 orang AJKT Lelaki dan Wanita yang dikekalkan berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28 (d).

4) Justeru, hasil penilaian yang dilakukan bagi tujuan penyelarasan dan tumpuan gerak kerja. Jawatan yang perlu dirangkap adalah:

  1. Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi
  2. Biro Kebajikan merangkap Biro Perumahan

Akhir kata, saya mewakili Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2018/2019 mengharapkan kelancaran sepanjang proses pilihan raya dan diberkati oleh Allah atas segala urusan yang dilaksanakan.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Yang menjalankan tugas,

MOHD ZUKRI BIN KAMARUL BAHRIN

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2018/2019.